TAHUN 2013 MENJENGAH TIBA
Selamat menyambut tahun 2013. Kita percaya tahun baru ini memberi kita peluang untuk meningkatkan pencapaian dalam kerjabuat di sekolah. Berdasarkan pengalaman, kebolehan dan keupayaan yang sedia ada, kita akan terus berkembang dalam memimpin sekolah. Buktikan kepimpinan kita di sekolah mampu untuk berubah menjadi lebih baik dalam pengurusan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid, guru dll.
Kehendak dari 'stake-holder' yang memerlukan kita guru besar bertindak cekap dan berkesan dalam menangani keperluan data atau kajian on-line mengikut 'date-line' yang ditetapkan perlu ditangani segera. Perubahan telah berlaku dan akan terus berlaku dengan pantas. Kecekapan dan keberkesanan kita mendepani isu-isu berkaitan data atau kajian 'on-line' ini membolehkan kita menguasai satu proses kerja yang memerlukan sedikit asas kemahiran ICT.
Situasi semasa dan akan datang memerlukan sedikit kemahiran ICT dikalangan rakan-rakan GB perlu dan mesti kuasai. Janganlah segala-segalannya diserahkan kepada guru penyelaras, guru emis, guru smm dll. Boleh di 'empower' tetapi sebagi GB, kita mesti tahu untuk login, tahun kata laluan seperti di dalam e-operasi, e-perlu, e-splg, e-penarafan, saps, sppbs, apdm dll.
Keazaman untuk berubah dan membuktikan perubahan boleh dilakukan, akan meningkatkan prestasi kerja kita sebagai GB. Hari ini pencapaian dalam apa bentuk sekali pun boleh diukur melalui petunjuk prestasi. Jika pencapaian boleh diukur, ia bermakna kerja atau proses kerja boleh diurus. Meminjam kata-kata dari Kaplan (2003) ia menyebut:-
" Jika kita tidak boleh mengukur proses kerja kita, kita tidak boleh mengurus proses kerja kita.
Jika kita tidak boleh mengurus proses kerja kita, kita tidak boleh ubah proses kerja kita untuk penambahbaikan.
Jika kita tidak boleh ubah proses kerja untuk lebih baik, kita tidak boleh berjaya."
Hari ini dan akan datang, pengukuran pencapaian sekolah bertambah rancak berasaskan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia), LINUS, dll. Berpegang kepada nilai-nilai integriti, profesionalisme dan permuafakatan GB akan mampu melangkah kehadapan menggarap misi dan menjulang visi KPM.