Thursday, January 5, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam hormat dan selamat tahun baru 2012. Tahniah kepada semua rakan-rakan GB yang telah berjaya menyelesaikan perakuan opsyen SBPA dan persediaan persekolahan 2012. Saya mengucapkan syabas kepada GB yang berupaya membuktikan keupayaan mereka dalam meningkatkan pencapaian UPSR yang lalu. Kepada GB yang belum berjaya atau yang merosot pencapaian UPSR sekolah mereka, maka tahun baru ini adalah peluang dan ruang yang masih terbuka untuk membuktikan komitmen dan kapasiti kepimpinan.

Saya berpendapat sekolah tidak boleh dibiarkan merosot pencapaian akademik kerana dilkhuatiri GB dikata tidak lagi berupaya membina kapasiti kepimpinan. Pencapaian akademik telah menjadi ukuran dalam menilai prestasi sekolah.Ini bermakna pihak sekolah khususnya GB mesti bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan murid-murid mereka. Sekolah-sekolah telah diberikan 'ranking' dalam bentuk band 1 hingga 7 berdasarkan indeks komposit sekolah (30% skor SKPM+70% skor GPS) dan semua sekolah telah menerima papan tanda band sekolah. Tayanglah ditempat yang sesuai nombor band tersebut.

Pada asasnya sekolah-sekolah boleh berubah untuk meningkatkan pencapaian akademik apabila GB mengetahui selok-belok kurikulum, pertumbuhan pelajar, teknik pengajaran berkesan, penilaian guru,  falsafah dan undang-undang.Pada masa yang sama GB mesti mampu mengadakan program perkembangan staf dan menyelaras aktiviti pendidikan peringkat sekolah.

Sempena tahun baru 2012 saya hendak berkongsi 6 soalan dari Sir Michael Barber (McKinsey Group) yang perlu ditanyakan secara berterusan dan terperinci bersama rakan-rakan dalam organisasi atau sekolah kita:-
       '1. What are you trying to do?
        2. Are you organised to get it done?
        3. How do you plan to get it done?
        4. How, at any given moment, will you know wether you are on track?
        5. If you're not on track, what are you going to do about it?
        6. How do you create an irreversible climate of delivery?'

Soalan-soalan ini sangat releven dengan kerjabuat kita di sekolah untuk mengejar penguasaan LINUS, GPS UPSR atau bai'ah. Ia boleh diguna sepanjang tahun untuk memantau TOV-OTI-ETR pencapaian akademik murid-murid tahun 3 hingga 6.

GB bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah.GB dan semua guru mesti menguasai kemahiran baru serta mempunyai sikap baru. Serentak dengan itu mereka sewajarnya meninggalkan atau mengenepikan sama sekali amalan-amalan yang tidak dikehendaki dalam kepimpinan dan pengurusan. Selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment