Monday, February 7, 2011

GB Cemerlang; Kejayaan Kerjaya atau Impian Belum Tercapai

Salam hormat. Tahniah kepada rakan-rakan GB yang dijemput ke taklimat pencalonan GB Cemerlang dan yang belum terima bersabarlah kerana masa akan tiba untuk anda. Saya faham bahawa kenaikan pangkat tersebut adalah kejayaan dalam kerjaya GB berkenaan. Pada masa yang sama mereka juga menerima tanggungjawab yang lebih besar sebagai GB gred 38.

Ingatlah bahawa GB sebagai pemimpin sekolah akan terus berdepan dengan cabaran, ketidaktentuan dan 'ambiguity' dalam meningkatkan prestasi sekolah. Perkembangan pendidikan semasa memerlukan semua GB sentiasa peka hal-hal semasa seperti NKRA-SIP, SKPM 2010, 'New Deals', KSSR dll.

Kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai GB cemerlang memerlukan komitmen tinggi, disamping terus mengekal kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang. Adalah sesuatu yang memalukan apabila selepas menerima kenaikan pangkat tersebut situasi sekolah kekal 'stagnant' seperti sebelumnya.

Keadaan sedemikian boleh berlaku bila gaya dan kaedah tradisional tidak lagi mampu atau diterima untuk menangani cabaran sekarang dan masa depan. Perubahan yang pesat menuntut kita sebagai GB mempelajari ketrampilan baru, membangunkan sikap baru dan menghindari kemerosotan peribadi.

Kebanyakan GB yang pintar mempunyai pandangan tentang keperluan perkembangan dirinya. Ia akan berusaha meningkatkan pertanggungjawaban (akauntabiliti) diri tahap demi tahap, memilih keinginan positif, menggunakan tenaga dengan wajar dan secara kreatif boleh menyesuaikan diri.

Saya percaya GB Cemerlang mesti sentiasa mengusahakan pengetahuannya dengan belajar mengambil tanggungjawab yang lebih besar bagi diri mereka sendiri, kerjaya dan potensi mereka. Bila hal-hal berkaitan dengan ketrampilan dan kemampuan tidak dimiliki oleh GB wujudlah halangan atau hambatan untuk menjadi GB yang cemerlang.

Sebagai GB saya berpendapat bahawa kejayaan naik pangkat turut diikuti dengan peningkatkan prestasi kerja dan menjadikan kita lebih ketrampilan dalam pengurusan sekolah. Jika belum tercapai maka perlu menjauhi sikap jelik. Berjuang bukan hanya untuk bertahan hidup malah berkembang menembus masa-masa sulit dengan menjadi semakin kuat dan mapan.

1 comment:

  1. Salam.
    Satu catatan dan kupasan yang menarik dan patut dibaca oleh GB yg. bakal cemerlang...Persoalannya mampukah mereka yg ditawarkan GB cemerlang ni menokah arus membawa perubahan paradigma secara mutlak dalam melonjak kecemerlangan di sesebuah sekolah....

    Atau sekadar empuk pada jawatan dan gelaran...

    ReplyDelete