Thursday, January 6, 2011

Re-deploymen guru; Satu isu atau masalah yang diada-adakan?

Salam hormat. Sepanjang minggu pertama persekolahan saya menerima beberapa pertanyaan mengenai sekolah-sekolah yang mengalami kekurangan guru dan lebihan guru dibeberapa buah sekolah. Masalah redeployment atau bahasa mudahnya ialah pertukaran guru menjadi kalut bila pertukaran tidak dibuat atas keperluan perkhidmatan. Ia dibuat kerana guru-guru tersebut telah lama berkhidmat disesebuah sekolah. Apakah salah dan dosa guru-guru tersebut ditukarkan walhal perkhidmatannya masih diperlukan di sekolah berkenaan? Bahkan GB sekolah terbabit pun masih memerlukan khidmat guru-guru tersebut.

Saya merasa terpanggil untuk bertanya adakah pertukaran arahan 'stake-holder' Putrajaya wajar dilaksanakan demi perkhidmatan pendidikan Terengganu? Atau tanpa berfikir panjang dan perbincangan maka 'stake-holder' di negeri dan daerah terus melenting, membuka silat melakukan pertukaran untuk memenuhi arahan semata-semata?

Kekacauan dalam perkhidmatan di sekolah terus timbul akibat opsyen yang tidak cukup, yang dikeluarkan lain opsyennya, yang datang pula berbeza opsyen. Belum lagi kekurangan dalam opsyen mata pelajaran tertentu. Saya bimbang kesan berganda akan timbul bila proses P & P yang sepatutnya berjalan lancar tetapi tersangkut akibat percaturan penempatan guru yang tidak kena.

Marilah bersama-sama merenung kembali yang mana pengalaman kita bertahun-tahun sebagai GB, perkara begini tidak pernah atau jarang-jarang berlaku. Kita GB pun tidak dimaklum berapa ramai gurunya yang kena tukar. Sekurang-kurangnya GB patutlah tahu yang mana patut dicadangkan bertukar. Nampak gayanya 're-deployment' sudah jadi masalah dan bukan isu lagi!

3 comments:

  1. Salam kembali.
    Saya nampak `re-deploymen guru` adalah satu perubahan pendidikan ke arah kebaikan. Ia bukan satu isu atau masalah yang diada-adakan. Guru lama lagi berpakaran perlu membantu sekolah lain pula yang lebih memerlukan. Memang diakui sekolah lama masih memerlukan khidmat mereka tetapi secara analoginya jika sekolah lama perlukan tenaga tetapi sekolah baru menagih nyawa. Ke manapun mereka pergi , mereka akan membawa bunga dan meninggalkan jasa. Saya sejuta kali bersetuju dengan YM CK bahawa re-deploymen guru dilaksana atas keperluan pendidikan (perkhidmatan Guru) bukan atas alas an-alasan lain.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Persoalan ni ada baik buruknya...tapi yg saya nampak guru2 ni tidak perlu ditempatkan begitu lama dalam sesebuah sekolah...terkadang mereka ni sudah jumud pd jawatan di sekolah tersebut....

    Pendek kata "zon Selesa" menjadi identiti mereka ni...Peralihan guru2 perlu bagi meningkatkan pengalaman dan kemahiran baru pada mereka...

    ReplyDelete
  3. Tahniah fatmasha dan sk kedai buloh serta Guru Besar SK Durian Burong atas membincangkan isu ini. Semoga sahabat kita yg lain akan dapat manfaat dari penjelasan yang diutarakan. TQ

    ReplyDelete