Salam hormat. Perancangan strategik sekolah sudah disiapkan. Ia tidak terlalu tebal, hanya 9-12 muka surat. Saya berpendapat perancangan ini adalah 'layer' teratas dan dibawah kawalan pengurusan utama (top management) sekolah. Tetapi inisiatif atau cadangan strategi untuk pelaksanaan tidak memberi kesan kepada organisasi jika tiada tindakan dibuat. 'The execution of a strategy is more important, and more valuable, than the formulation of a strategy' (Niven, 2003)
Harus diingat bahawa kegagalan untuk mencapai matlamat atau objektif juga kerap berlaku walaupun sekolah mempunyai perancangan strategik yang komprehensif. Ini adalah kerana kelemahan-kelemahan dan halangan yang timbul dalam organisasi itu sendiri. Niven memetik dari Kaplan & Norton menyatakan 4 halangan utama ialah halangan visi, halangan manusia, halangan pengurusan dan halangan sumber.
Halangan wujud bila ahli-ahli dalam organisasi tidak mempunyai maklumat yang jelas halatuju sekolah mereka. Komunikasi dua hala dan 'empowerment' kurang berlaku. Cuba fikirkan jika kita sebagai ketua dalam organisai adakah kita perlu memberi tahu apa yang perlu dibuat, bila hendak buat, dimana dan bagaimana hendak buat atas setiap perkara. Kemana kesedaran bekerja untuk merealisasikan impian (visi) menjadi nyata atau terus dibuai impian.
Saya pasti rakan-rakan GB pernah dengar atau menjadi pengamal 'management by walking around'. Gaya pengurusan begini merapatkan hubungan dengan semua staf di sekolah, boleh berhubung secara informal dengan staf, membolehkan komuniaksi 2 hala dan berfaedah kepada semua pihak. Tetapi ada juga yang menjadi pengikut 'management by firefighting', berterusan menyelesaikan krisis atau konflik satu demi satu bila timbul.
Kita sangat faham bahawa halangan sumber seperti kewangan, kepakaran akan dihadapi oleh GB untuk melaksanakan kerja buat pengurusan di sekolah. Disinilah kebijaksanaan diperlukan untuk menetapkan bajet yang munasabah, sesuai untuk sesuatu program atau projek. GB sudah pasti berusaha mendapatkan pelbagai sumber dari luar sekolah jika sumber yang ada tidak mencukupi. Sudah menjadi tanggungjawab GB mengurus sumber dengan cekap dan berkesan.
(Rujukan: Niven, Paul R (2003). Balance Scorecard Step-by-Step for Goverment and Nonprofit Agencies. John Wiley & Sons. USA)
No comments:
Post a Comment